SHAH ALAM — Universiti Teknologi Mara (UiTM) diiktiraf kedua teratas di negara ini oleh Times Higher Education (THE) Impact Ranking 2022 dan berada pada kedudukan ke-42, naik enam anak tangga daripada 1,524 universiti seluruh dunia.

Menurut Unit Korporat UiTM, pencapaian tersebut diperoleh menerusi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan skor keseluruhan 82.8, iaitu meningkat berbanding 79.4 pada tahun lepas.

“Pencapaian tersebut diperoleh menerusi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan skor keseluruhan 82.8, iaitu meningkat berbanding 79.4 pada tahun lepas.

“Bagi kedudukan ke-42 pula, pencapaian tersebut adalah berdasarkan skor 94.8 berbanding kedudukan ke-48 dengan peningkatan skor daripada 89.6 kepada 94.8 bagi kategori SDG 17 iaitu ‘Perkongsian untuk Matlamat’,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UiTM memaklumkan,kejayaan tersebut turut menjadikan UiTM mengekalkan kedudukan strategiknya pada kedudukan 101 – 200 institusi teratas daripada 1,406 institusi yang tersenarai daripada 110 wilayah di seluruh dunia yang mengambil bahagian.

Jelasnya lagi, pengukuran tersebut dilakukan menerusi fokus 17 SDG digariskan PBB yang mana UiTM menghantar data untuk 10 matlamat SDG.

“SDG tersebut adalah SDG1 (Tiada Kemiskinan), SDG3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG4 (Pendidikan Berkualiti), SDG5 (Kesaksamaan Gender), SDG6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG7 (Tenaga Bersih dan Berpatutan), SDG8 (Kerja yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi), SDG9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur), SDG10 (Mengurangkan Ketaksamaan) dan SDG17 (Perkongsian untuk Matlamat).

“Setiap institusi yang tersenarai adalah berdasarkan tiga pencapaian terbaik yang diperoleh dalam matlamat SDG.

“Pencapaian UiTM bagi sasaran SDG17 tahun ini membuktikan komitmen dalam menjalinkan hubungan dengan negara, pertubuhan serantau dan kerajaan bagi pembangunan dasar SDG, selain penyelidikan memperkasa kerjasama serta mereka bentuk kursus selari dengan SDG untuk pelajar dan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor memaklumkan, pencapaian dalam penarafan terhadap SDG daripada PBB membantu meningkatkan reputasi universiti bumiputera itu di peringkat antarabangsa.

“THE Impact Rankings mengukur kesan langsung yang dibuat oleh universiti. Sebagai sebuah universiti, kami sangat berbangga dengan usaha mengetengahkan peranan UiTM di peringkat global dalam menyokong SDG PBB.

“Reputasi kami diiktiraf untuk tahun ketiga berturut-turut di peringkat antarabangsa yang terkenal dengan universiti-universiti lain di seluruh,”katanya. — BebasNews

Leave a Reply