Naluri seorang lelaki memang sentiasa inginkan seorang wanita disisi mereka. Begitu juga dengan pelakon Badrul Muhayat yang kini masih mencari seorang wanita yang boleh dijadikan teman hidupnya.

Badrul Muhayat Ahmad Jailani,54, berkata mungkin belum jodohnya untuk berkahwin buat kali ketiga.

“Semua orang nak kahwin, semua manusia bernafsu. Mungkin tak ada jodoh saya lagi dalam waktu terdekat ini. Tapi keadaan bukan sebab kewangan tapi dari segi teknikal fault daripada diri saya sendiri. Bila sendirian itu memang saya rasa sunyi tapi saya penuhi masa duduk dirumah mendekatkan diri kepada Allah.

“Kalau boleh, saya impikan perkahwinan ini yang terbaik dan terakhir buat diri saya. Kalau wanita yang nak kahwin dengan saya, mereka juga mesti sukakan anak saya juga,” kata Badrul Muhayat ketika ditemui dimajlis berbuka puasa di Mont Kiara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Melalui perkahwinan pertamanya bersama Julia, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Delisha, 15, dan Badrul Hidayat 12 tahun. Kini kedua-dua anaknya tinggal bersama bekas isterinya di Ipoh, Perak.

Badrul Muhayat yang terkenal melalui lakonannya dalam filem Harry Boy da Riang Tirana ini menambah,“Sebenarnya ada juga beberapa wanita yang ajak kahwin tapi saya yang belum bersedia lagi. Kalau boleh saya nak cari wanita yang steady. Ada pegangan agama dan ada akal fikiran, tidak cemburu, cemburu ini tak best.

“Mugkin saya tidak bernasib baik sekarang ini. Ramai wanita yang saya jumpa, mungkin kebetulan tak kira anak dara mahupun janda, semuanya kuat cemburu.

“Dunia ini hanya pinjaman. Saya dah banyak melalui liku-liku hidup selama 54 tahun sebagai lelaki. Kematangan diri dah berlaku daripada segi peristiwa ke peristiwa dalam hidup ini. Saya juga dah masak dengan lumrah kehidupan. Harap-harap balik daripada menunaikan umrah nanti saya bertemu jodoh yang baik.”

Badrul Muhayat akan berangkat menunaikan umrah pada hari raya ketujuh. Pemergiannya bersama kaum keluarga sebelah emaknya seramai 20 orang termasuk mak saudara, bapak saudara dan sepupu-sepupunya.

Badrul Muhayat yang kini membuat comeback sejak empat tahun lalu ternyata laris dipasaran. Kini banyak drama yang dibintanginya termasuk Harith Fayyadh dan Kiblat Yang Hilang.

“Tujuh tahun saya menghilang itu sebab saya memang dah tidak mahu berlakon lagi. Saya pun dah seronok bekerja disebuah kilang di Johor dengan menerima gaji bulanan. Namun semuanya bermula semula apabila pengarah Ahmad Idham mengajak saya berlakon drama Married Tapi Benci.

“Tak sangka drama tersebut mendapat sambutan dan nama saya jadi pilihan pihak produksi dan stesyen TV. Sebelum itu saya hanya ulang alik Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Bila dah banyak tawaran saya pun berhenti kerja dan pindah semula ke Kuala Lumpur,’’ katanya yang mengimpikan watak orang gila atau watak yang perlu psyco dirinya sendiri.

— BebasNews

Leave a Reply