Apandi Ali - Foto Blogspot.com

KENYATAAN Perkasa Malaysia
6hb Mei 2022

KERAJAAN PERLU DEDAHKAN APA PENYELESAIAN MAHKAMAH DARI SAMAN MANTAN PEGUAM NEGARA APANDI ALI.

Perkasa bersetuju dengan bantahan mantan Perdana Menteri ke 4 dan 7 YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penyelesaian luar mahkamah oleh Kerajaan Malaysia atas saman oleh mantan Peguam Negara TS Apandi Ali terhadap Kerajaan dan mantan PM7 tersebut.

Mengapa perlu tunduk dengan saman orang yg telah ditamatkan perkhidmatan??? Biarkanlah mahkamah putuskan nanti. Keputusan kerajaan tamatkan perkhidmatan Apandi Ali dikatakan telah mengikut peraturan, apa yg nak pergi selesaikan luar mahkamah pula???

Nanti lepas ini mantan Peguam Negara Ghani Patail juga boleh saman kerajaan dan mantan PM ke 6 iatu Dato Seri Najib isu yg sama. Kemudian selesai luar mahkamah lagi. Bayar pampasan juta-juta lepas tu rahsiakan. Kenapa perlu rahsiakan?? Bukankah ianya dibayar dengan wang rakyat??? Semestinya rakyat juga perlu diberitahu jumlah pampasan dibayar. Kenapa perlu rahsia???

Sebelum ini zaman Pak Lah kerajaan bayar berjuta ringgit kepada beberapa Hakim yang dipecatĀ  berkaitan dengan pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Saleh Abas. Kenapa perlu bagi ‘ex-gratia’ sejumlah RM10.5juta kepada mereka sedangan pemecatan mengikut peraturan. Jika tak puas hati kita ada udang-undang. Boleh saman kerajaan. Biar mahkamah putusan. Kenapa perlu selesai luar mahkamah?

Perkasa gesa Peguam Negara yang ada sekarang ini, umumkan apa persetujuan selesai luar mahkamah antara kerajaan dengan TS Apandi Ali telah dibuat. Persetujuan kedua-dua pihak untuk tidak dedahkan isi kandung penyelesaian tersebut, tidak boleh diterima sama sekali. Rakyat mesti diberitahu sebab itu wang rakyat!!!

Sekian

Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

— BebasNews

Leave a Reply