Wednesday, July 6, 2022
Home Berita/News Luar Negara/World Konflik Tebing Barat: Dua rakyat Palestin terbunuh, ketegangan meningkat

Konflik Tebing Barat: Dua rakyat Palestin terbunuh, ketegangan meningkat

palestine, jerusalem, yellow
Photo by xxoktayxx on Pixabay

RAMALLAH — Ketegangan di Tebing Barat meningkat di antara rakyat Palestin dan tentera rejim Israel selepas beberapa siri serangan berlaku di kedua-dua belah pihak minggu ini.

Dua lagi warga Palestin maut ditembak tentera zionis, berhampiran sempadan di Tebing Barat pada Ahad.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan serangan skala lebih besar berlaku.

Rejim Israel turut menangkap dua rakyat Palestin.

Mangsa sebelum itu dipercayai menyelinap ke Israel dan membunuh tiga orang di bandar Elad, Khamis lalu.

Sejak sebulan lalu, rakyat Palestin dan polis Israel telah berulang kali bertempur di kawasan sensitif itu.

Israel menceroboh Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis dalam perang Asia Barat 1967.

Sumber asal — https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-tebing-barat-dua-rakyat-palestin-terbunuh-ketegangan-meningkat-360407

— BebasNews

Leave a Reply