Lijian Zhao - Foto Wikipedia

CHINA memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan membenarkan keamanan dan keselamatan di rantau ini terjejas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lijian Zhao berkata demikian sebagai mengulas sidang kemuncak khas dua hari antara negara-negara anggota ASEAN dengan AS.

Akhbar harian milik kerajaan Global Times memetik Zhao sebagai berkata Beijing “mengalu-alukan negara di luar rantau ini memainkan peranan positif” dalam mempromosikan keamanan dan pembangunan, lapor agensi Anadolu.

Bagaimanapun, ia “tidak menerima sebarang tindakan yang menjejaskan” keamanan dan kestabilan, tambahnya.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS dijadualkan bermula pada Khamis di Washington DC.

Pada hari Selasa, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, pengerusi semasa ASEAN, berlepas ke Washington untuk menghadiri dan mempengerusikan bersama sidang kemuncak itu.

Pemimpin negara ASEAN dijangka bertemu dengan Biden, Harris, dan pegawai lain semasa mereka berada di Washington. — BebasNews

Leave a Reply