Foto via eng.majalla.com

NEW YORK — Seorang lelaki kulit putih menembak orang ramai di sebuah pasaraya bahagian Buffalo, New York, pada Sabtu lepas kerana perasaan kebencian dan perkauman dalam satu kejadian amok ganas bersenjata berat.

Memetik laporan CBS News, 10 orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam trajedi ganas itu.

Lelaki bersenjata yang disyaki itu kini dalam tahanan polis dan didakwa atas tuduhan membunuh, lapor sumber berita itu.

Lelaki itu telah menembak empat orang di tempat letak kereta, tiga mati di situ.

Seorang polis bersara yang bekerja sebagai pengawal sekuriti di pasaraya itu telah melepaskan beberapa tembakan dalam cubaan menghentikan lelaki bersejata yang  menganas itu.

Lelaki itu menembak mati pesara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, lelaki yang disyaki itu, Payton Gendron, 18, telah memandu 200 batu dari tempat tinggalnya di Conklin dan mahu membunuh seberapa banyak mungkin orang kulit hitam.

Payton merancang menyerang lagi ke tempat tempat lain sebelum berjaya ditahan di pasaraya itu.

Kejadian pembunuhan bersenjata di kawasan kawasan awam sering berlaku di AS.

— BebasNews.

Leave a Reply