Foto wikipedia

PUTRAJAYA — Kerajaan Pusat memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemansuhan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

“Saya percaya Kementerian Pertanian (Dan Industri Makanan) akan umumkan secara terperinci. Kita bersetuju tadi tiada AP import lagi untuk bahan makanan.

“Ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan masuk ke negara kita. Jadi kalau dulu ada AP lembu, AP daging (dan) macam-macam lagi, mulai hari ini kita tiada AP lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri dengan Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai” di sini hari ini. — BebasNews

Leave a Reply