thailand, phang nga, bay
Photo by Cbill on Pixabay Thailand - Gambar hiasan.

BANGKOK 19 Mei — Thailand merekodkan 42 lagi kematian akibat Covid-19 dengan jumlah kes jangkitan baharu pula meningkat kepada 6,305, berbanding 45 meninggal dunia dan 5,633 kes yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,394,915 dengan jumlah kematian pula 29,637 orang.

Menurut laporan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes baharu itu bagaimanapun tidak termasuk 7,830 keputusan positif hasil ujian antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah kes baharu itu, 6,271 melibatkan jangkitan dalam kalangan penduduk awam, 32 lagi dalam kalangan penghuni penjara dan dua kes import dari Kazakhstan dan Uruguay.

Setakat Selasa, sebanyak 59,579 pesakit Covid-19 menerima rawatan termasuk 22,705 yang dirawat di hospital di mana 1,104 dalam keadaan kritikal dan 536 lagi bergantung kepada bantuan ventilator.

CCSA menjelaskan, jumah 42 kematian itu melibatkan pesakit yang berumur antara 24 hingga 100 tahun.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,566 diikuti Buri Ram 183, Surin 161, Ubon Ratchathani 158, Khon Kaen 155, Chon Buri 148, Maha Sarakham 146, Chaiyaphum 127 manakala Roi Et dan Kalasin masing-masing 110 kes.

Sebanyak 7,567 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 4,305,699 orang dilaporkan pulih. — BebasNews

Leave a Reply