
GOL tunggal pemain Vietnam, Linh Nguyen Tien meleburkan hajat skuad Bawah 23 tahun Malaysia untuk ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-31, Hanoi 2022, malam ini.
Jaringannya menerusi tandukan daripada sepakan percuma kapten, Do Hung Dung pada minit ke-110 masa tambahan di Stadium Viet Tri itu membawa tuan rumah mara untuk mempertahankan pingat emas mereka.
Skuad belia negara kendalian Bradley Maloney sebaliknya hanya akan berentap
dengan Indonesia bagi penentuan pingat gangsa di Stadium My Dinh, Hanoi, Ahad ini.

Sukan SEA Filipina 2019 menyaksikan kegagalan skuad Datuk Ong Kim Swee ke separuh akhir yang ketika itu dibantu Maloney, warga Australia.
Kali terakhir Malaysia menikmati pingat ialah perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017 selepas dihampakan Thailand 1-0. — BebasNews

[email protected]
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer Buletin Utama dan penyunting Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena, Formasi (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Juga Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017, Pemenang Pertandingan Penulis Sukan Piala Asia 2007 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Pegawai Teknikal Antarabangsa (ITO) Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010 serta Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022.