cbd, cbd kapseln, cannabidiol
Photo by CBD-Infos-com on Pixabay

SYED Saddiq kata banyak pesakit perlu guna ganja untuk tujuan perubatan. Betul. Tetapi ia tidak bermakna kamu boleh tanam ganja sendiri di rumah.

Di hospital juga pesakit diberi morfin untuk tahan sakit, tetapi tidak bermakna kamu boleh pergi beli atau buat morfin sendiri.

Juga, di hospital juga ada guna radioaktif untuk tujuan perubatan, dan banyak negara guna nuklear untuk jana elektrik, tetapi tidak bermakna kamu boleh melombong atau beli uranium atau plutonium sendiri.

Syed Saddiq, cuba fahamkan perkataan proliferasi.

Jika semua orang boleh tanam ganja sendiri di rumah, cuba beritahu saya bagaimana kamu mahu kawal yang mana guna untuk perubatan dan yang mana guna untuk rekreasi?

Dan undang-undang tetap undang-undang. Sebab itu semasa seorang anak taikun ditangkap dan dilepas kerana tuduhan tanam ganja di rumah, saya persoal Peguam Negara macamana dia boleh lepaskan orang ini?

Pada awal kurun ke-19, negara China telah dilanda ketagihan candu. Akibatnya keadaan ekonomi dan sosial China amat teruk kerana rakyatnya ramai jadi penagih candu dan menjadi lemah.

Sejak akhir kurun ke-18, British telah bawa dan seludup candu dari India ke China untuk rakyat China hisap candu.

Kerana kelemahan rakyat China yang ramai jadi penagih candu ini British telah berjaya mengawal dan menguasai negara China yang besar.

Kita perlu belajar dari sejarah.

Kita mahu anak muda kita berkemahiran tinggi dalam teknologi baru dan menyumbang kepada ekonomi dan masa depan negara.

Bukan berjinak-jinak dengan ganja.

Jika ada yang sakit dan perlu rawatan dengan ganja, pergi ke hospital dan jumpa doktor dan guna saluran yang betul.

Bukan tanam sendiri di rumah dan hisap sendiri atau jual kepada orang lain.

Saya percaya anak muda Malaysia adalah lebih bijak dan bertanggungjawab.

Salam.

ISHAM JALIL
18 Mei 2022

Sumber asal — https://www.facebook.com/100044476781936/posts/pfbid0HDgd5V88gDxmtBmEYPzH7PUrDQzksjRVqyusVwm3H39dE6566FXbkbCwsJE1PvrPl/?d=n

— BebasNews

Leave a Reply