Dari kiri, Aznil Nawawi, Kartika Wati Mohamed dan Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri pada majlis pelancaran produk kesihatan i-Qids, baru-baru ini.

SEMPENA sambutan ulang tahun Eskayvie Sdn. Bhd., yang ke-13, syarikat bumiputera yang merupakan peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan melancarkan produk kesihatan untuk kanak-kanak iaitu i-Qids.

Majlis pelancaran disempurnakan bersama dengan duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Produk i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekali gus menyokong proses pembelajaran mereka.

Formulator produk itu, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri menjelaskan yang formulasi i-Qids amat istimewa kerana ia mengandungi superfood daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.

Dr Syid menjelaskan formulasi i-Qids sangat istimewa kerana mengandungi superfood daripada 22 ekstrak buah-buahan.

“Kekangan pandemik dahulu memaksa mereka (kanak-kanak) untuk sentiasa berkurung di rumah, tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian.

“Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,” katanya.

Tambah Dr Syid Ayob, peralihan ke fasa endermik membolehkan anak-anak kembali ke sekolah dan i-Qids dilihat sebagai inisiatif terbaik untuk membantu ibu bapa meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka.

Selain itu, katanya, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari. Dia juga yakin, suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pasti digemari anak-anak berusia 2 hingga 12 tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed memberi jaminan yang Eskayvie akan terus hasilkan lebih banyak lagi produk berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur.

Produk i-Qids ini merupakan suplemen berbentuk coklat, sesuai untuk anak-anak berusia 2 hingga 12 tahun.

Katanya, penghasilan lebih banya produk adalah seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah.

“Kami yakin bahawa kehadiran produk baharu ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan serta mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan.

“Eskayvie Nexus adalah sebuah platform yang tepat dengan peluang terbaik untuk mulakan bisnes tanpa modal kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian dari mana saja.

“Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal,” kata Kartika Wati.

Ujarnya, pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi pada tahun 2022 ini akan menjadi lebih tinggi disebabkan berlakunya peningkatan terhadap permintaan barangan runcit dan keperluan asas.

Malah, dijangka rantaian bekalan global bakal berkurangan serta berlakunya peningkatan harga komoditi di seluruh dunia bermula pertengahan tahun 2022 ini.

“Eskayvie melihat ini sebagai peluang terbaik untuk terus bantu memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids ini, layari laman sesawang https://www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut. FB PAGE: Eskayvie Malaysia – https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia – https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

–BebasNews.

Leave a Reply