bitcoin, cryptocurrency, digital
Photo by MichaelWuensch on Pixabay

HARGA Bitcoin kembali meningkat melepasi paras AS$30,000 ketika mencari hala tujunya yang baharu pada hari Khamis lalu.

Mata wang kripto, bagaimanapun masih gagal untuk pulih daripada kerugian besar yang dialaminya dalam dua minggu lepas.

Bitcoin merupakan mata wang kripto terbesar dunia berdasarkan jumlah yang diniagakan.

Harga Ethereum juga meningkat 1% kepada $1,995.

Pasaran kripto kehilangan hampir separuh daripada nilainya dalam tempoh enam minggu lalu apabila nilai pasarannya jatuh kepada $1.27 trilion pada hari Khamis, daripada $2.19 trilion pada 4 April, lapor Agensi Anadolu.

Kebanyakan kerugian berlaku selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada 4 Mei dan menandakan lebih banyak kenaikan akan berlaku pada Jun dan Julai.

Selain pengetatan dasar monetari, pasaran kripto juga berdepan dengan halangan dalaman apabila harga UST yang disandarkan kepada kadar satu dolar AS menjunam sejak minggu lalu.

Luna Foundation Guard, organisasi yang berada di belakang UST, menjual Bitcoin bernilai sekurang-kurangnya $2.1 bilion dalam tempoh 10 hari lalu untuk menyokong harga UST kembali kepada AS$1.

Sementara itu, Menteri Perindustrian dan Perdagangan Rusia Denis Manturov berkata, negara itu akan membenarkan penggunaan mata wang kripto sebagai satu cara pembayaran, ketika Moscow berdepan dengan sekatan barat terutamanya dalam sektor perbankan, industri dan tenaga. — BebasNews

Leave a Reply