Perjanjian ditandatangani Naib Canselor, Prof Datuk Ts Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Pegawai Eksekutif Regional Group Company Qatar, Sheikh Abd Rahman bin Khalifa bin Abdul Aziz Al-Thani. -Astro AWANI

KUALA LUMPUR — Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi universiti awam (UA) pertama berjaya membuka cawangan di luar negara.

Pembukaan cawangan luar negara UKM di Doha, Qatar dengan pengambilan pelajar sulung akan bermula pada Oktober tahun ini.

Kejayaan UKM mengembangkan sayap ke luar negara itu direalisasikan melalui majlis menandatangani satu memorandum perjanjian (MoA) di Doha di antara UKM dan The Regional Group of Qatar.

The Regional Group of Qatar merupakan syarikat yang menguruskan bidang pembangunan hartanah, pengurusan aset, pertanian, pelaburan saham dan khidmat perundingan kejuruteraan di Qatar.

Perjanjian ditandatangani Naib Canselor, Prof Datuk Ts Mohd Ekhwan Toriman dan Ketua Pegawai Eksekutif Regional Group Company Qatar, Sheikh Abd Rahman bin Khalifa bin Abdul Aziz Al-Thani.

Majlis bersejarah ini disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Sumber asal — https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ukm-universiti-awam-pertama-buka-cawangan-luar-negara-362259

— BebasNews

Leave a Reply