White House
Photo by Don Shin on Unsplash

PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden berkata bahawa pentadbirannya akan menolak negara-negara yang dianggap tidak sebulunya.

Beliau berkata, negara kuasa besar itu tidak akan lagi bergantung kepada negara-negara lain yang tidak berkongsi nilai yang sama dengannya.

Biden berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke kilang penghasilan cip milik Samsung di Korea Selatan dan kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada China yang juga merupakan sekutu Rusia.

Presiden AS itu juga berkata, pihaknya akan bekerjasama ‘rakan-rakan rapat’ yang berkongsi nilai yang sama seperti Korea Selatan bagi memastikan tiada gangguan kepada rangkaian perbekalannya.

Biden berkara, pandemik COVID-19 mendedahkan kerapuhan rangkaian perbekalan dunia yang kini diburukkan lagi oleh konflik Rusia-Ukraine yang memaksa AS memastikan jaminan bagi bekalan yang kritikal kepada ekonomi dan keselamatannya.

China dalam reaksinya kepada kenyataan Biden berkata, sebarang kerjasama serantau tidak seharusnya disasarkan kepada usaha menjejaskan kepentingan pihak lain.

— BebasNews

Leave a Reply