Cacar monyet. Foto ihsan SPL/BBC

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 80 kes cacar monyet berlaku di 11 buah negara sambil tidak menolak bakal menyaksikan jumlah kes yang lebih tinggi.

WHO mengatakan 50 lagi kes yang disyaki sedang disiasat, tanpa menamakan mana-mana negara terbabit.

Sebelum ini, jangkitan telah disahkan di Itali, Sweden, Sepanyol, Portugal, AS, Kanada dan UK – di mana kes Eropah pertama dilaporkan.

Cacar monyet biasanya kerap berlaku di kawasan terpencil di Afrika Tengah dan Barat.

Ia merupakan jangkitan virus yang jarang berlaku yang biasanya tidak teruk dan seseorang boleh pulih dalam beberapa minggu, kata Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK yang dipetik BBC.

Virus ini tidak mudah merebak antara manusia dan risiko kepada orang ramai dikatakan sangat rendah.

Setakat ini tiada vaksin khusus untuk cacar monyet, tetapi suntikan cacar biasa sudah memadai kerana ia menawarkan perlindungan sehingga 85% kerana kedua-dua virus itu agak serupa. — BebasNews

Leave a Reply