Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto dewanbahasa.jendeladbp.my

KUALA LUMPUR — Mesyuarat Kabinet esok akan membincangkan dua isu utama negara iaitu kos sara hidup dan bekalan barang.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau telah meminta mesyuarat itu diadakan segera bagi membincangkan banyak isu negara khususnya berkenaan kos sara hidup yang melanda seluruh negara.

“Tetapi bukan hanya tumpu ayam semata-mata tetapi kos sara hidup yang kita jangka meningkat.

“Jadi esok pagi mesyuarat Kabinet untuk melihat kedua-dua perkara ini dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diminta bentang kepada Kabinet esok,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. — BebasNews

Leave a Reply