Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Foto via news.yahoo.com

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai melakukan siasatan kes melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Siasatan yang bermula sejak bulan Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan, kata SPRM dalam satu kenyataannya di sini.

Sehubungan itu kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya.

SPRM sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya telah membuka siasatan terhadap Mohd Nazlan yang didakwa menerima sejumlah wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Tindakan dibuat berdasarkan aduan yang diterima SPRM pada 15 Mac 2022 disusuli dua lagi aduan pada 23 dan 27 April 2022.

Kenyataan media —

— BebasNews

Leave a Reply