flock of chickens, feeding, farm yard
Photo by AndreasGoellner on Pixabay Gambar hiasan

KUALA LUMPUR — Presiden UMNO menggesa Kerajaan mempertimbang cadangan mewujudkan zon kekal pengeluaran ayam di negara ini bagi membolehkan harga dapat distabilkan dan bekalan ayam terjamin.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berhubung bekalan ayam sudah lama diketahui sejak pandemik, tetapi belum dilihat mekanisme yang efisien untuk berdepan isu tersebut.

“Implikasi permasalahan bekalan ayam tentu tidak begitu teruk jika kementerian berkaitan bersama penternak mencapai titik persefahaman sebelum ini.

“Kita menyokong seruan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menguasai industri penternakan ayam bagi menangani isu berkenaan.

“Dalam masa yang sama cadangan Malaysia mewujudkan zon kekal pengeluaran ayam bagi menstabilkan harga dan menjamin bekalan ayam harus dipertimbang.

“Penyelesaian jangka panjang itu bukan hanya dikatakan menjimatkan banyak, malah mengekalkan kadar kompetitif pengeluaran ayam untuk rakyat Malaysia,” katanya menerusi posting di Facebooknya hari ini.

Terdahulu media melaporkan, persatuan penternak ayam sebelum ini mendakwa permasalahan bekalan ayam, harga bekalan dan kenaikan kos dedak tidak diselesaikan secara serius oleh kementerian yang bertanggungjawab. — BebasNews

Leave a Reply