Peminat Bunda jangan lupa untuk menonton persembahan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang di Manhatttan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

NAMA Hetty Koes Endang sudah tidak asing lagi bagi peminat muzik tanah air kerana penyanyi itu sering turun ke Malaysia untuk menjadi juri bagi program Gegar Vaganza bersama Datuk Ramli MS.

Malah sebelum pandemik lagi Malaysia ibarat rumah kedua Hetty kerana sering diundang untuk menjayakan persembahan korporat atau majlis makan malam.

Bagi peminat Hetty yang sering membahasakan dirinya sebagai Bunda itu bakal menghiburkan peminat tegarnya menerusi Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang di Manhatttan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur, 27 Ogos nanti.

Konsert itu amat bermakna buat penyanyi yang nama sebenarnya Heety Koes Madewy, 65, kerana ia merupakan perayaan Jubli Emas, 50 tahun pembabitannya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan penghibur.

Hetty Koes Endang sejak dulu hingga kini, tidak pernah menghampakan bila mengadakan persembahan pentas.

Mengikut perancangan awal, konsert tersebut patut diadakan pada 2020. Namun semua maklum akan keadaan semasa berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid 19, menyebabkan ianya tertangguh.

Konsert anjuran Mahajaya Empire Sdn. Bhd., yang berkonsepkan makan malam itu akan berlangsung selama 120 minit. Sepanjang tempoh tersebut, Hetty bakal mendendangkan kira-kira 15 buah lagu hit dan beberapa buah lagu khas tribute buat komposer Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi legenda Broery Marantika.

Untuk ke sekian kalinya, tiap kali mengadakan persembahan di Malaysia, Hetty pasti bekerjasama dengan Ramli MS sebagai pengarah muzik pada konsertnya serta diiringi pemuzik-pemuzik profesional tanah air.

“Muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik. Dia tahu apa yang perlu dilakukan dan saya hanya menyanyi saja. Lagipun kami sudah lama bekerjasama,” ujar Hetty.

Hetty Koes Endang selesa bekerja dengan Ramli MS.

Bagi yang ingin menyaksikan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini, bolehlah mendapatkan tiket-tiket dari tiket ejen ilassoticket.com atau menghubungi terus penganjur di talian 012 466 7299.

Tiket bermula dari RM11,700 – VVIP (meja untuk 6 pax), RM8,700 –  VIP  (meja untuk 6 pax), RM6,640 – PLATINUM (meja untuk 8 pax) RM4,560 – GOLD (meja untuk 8 pax) atau VVIP – RM1,190 (per pax) VIP- RM1,450 (per pax) PLATINUM – RM830 (per pax) GOLD – RM570 (per pax). — BebasNews

Leave a Reply