Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR -– Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Khairy dilantik bersama-sama calon dari empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

Klip video pengumuman tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan itu kepada media tempatan malam tadi.

Penasihat kepada Menteri Kesihatan, Dimishtra Sittampalam dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.

“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara dan mewakili satu perempat daripada populasi dunia,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply