Gambar hiasan - Wikipedia

KEMENTERIAN Luar Iran bertindak memanggil pewakilan Greek di Tehran sebagai membantah tindakan merampas kapal minyak.

Kementerian menyifatkan rampasan itu sebagai “tindakan penyamun antarabangsa.”

Terdahulu pada hari Rabu, Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim (PMO) Iran mengeluarkan kenyataan, menyifatkan langkah itu sebagai “tindakan lanun” dan “melanggar peraturan antarabangsa,” lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan, kapal itu didakwa dirampas hampir tujuh minggu lalu di Greece atas arahan Jabatan Kehakiman AS selepas menganggap kapal itu mempunyai kaitan dengan sekatan ke atas aset Rusia.

Kemudian, laporan mengatakan ia ditahan kerana masalah mekanikal, manakala pihak berkuasa Greece berkata kapal itu menyeludup minyak Iran.

PMO menuduh pihak berkuasa Greece “menghalang kapal Iran daripada belayar” dan merampas kargo sambil menggesa kerajaan Greece mematuhi peraturan antarabangsa.

— BebasNews

Leave a Reply