SENARAI kumpulan pembaharuan yang memenangi sembilan daripada 14 jawatan yang dipertandingkan dalam mesyuarat agung Kesatuan Sikh Selangor.
Oleh DIN JERMAN

KUALA LUMPUR — Kehangatan mesyuarat agung tahunan 2022 Kesatuan Sikh Selangor berakhir pada 28 Mei 2022 dengan kumpulan mengejar pembaharuan menang sembilan daripada 14 jawatan yang dipertandingkan.

Kumpulan hebat yang diketuai setiausaha, Buljeet Kaur Khera hanya tumpas bagi jawatan presiden, penolong setiausaha, pengerusi sukan dan dua jawatan ahli jawatankuasa biasa, dilihat cemerlang sejak awal kempen lagi berpandukan kepada misi pembaharuan bagi masa depan pertubuhan itu.

Naib presiden musim lalu, Parvinder Singh Doal memenangi jawatan presiden apabila bertembung dua lagi pencabar. Calon kumpulan pembaharuan yang popular, Dr. Gurnam Singh Grewal kalah tujuh undi apabila mengumpulkan 198 undi berbanding Parvinder 205. Seorang lagi calon, Charanjit Singh Saini yang difahamkan diletak sebagai pengacau hanya mendapat 63 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Gurmit Singh yang berada dalam kumpulan Parvinder tertiarap apabila hanya mendapat 212 undi. Ajitpal Singh menang setelah meraih 266 undi.

Buljeet pula mudah mengetepikan lawannya, Parmindar Kaur 285 undi berbalas 188 bagi jawatan setiausaha. Rakan sepasukan Buljeet, Mender Singh bergaya memenangi jawatan bendahari.

Orang lama yang popular, Avethar Singh meraih undi tertinggi bagi jawatan ahli jawatankuasa biasa dengan 287 undi.

JAWATANKUASA PENGURUSAN PERSATUAN SIKH SELANGOR 2022-2024:
Presiden: Parvinder Singh Doal
Naib Presiden: Ajitpal Singh
Setiausaha: Buljeet Kaur Khera
Bendahari: Mender Singh
Penolong Setiausaha: Amar Singh
Pengerusi Sukan: Satvinder Singh
Ahli Jawatankuasa Biasa: Avethar Singh, Gurmukh Singh, Jagjeet Kaur, Gary Gurmukh Singh, Daljeet Singh, Manvinder Singh, Ravinderjit Singh, Santokh Singh.

— BebasNews

Leave a Reply