Peluru berpandu baharu yang mampu mencapai kelajuan kira-kira Mach 9.

TENTERA Rusia berjaya melancarkan peluru berpandu hipersonik Zirkon (Tsirkon) dari sebuah kapal frigat, kata Kementerian Pertahanan negara itu.

Pelancaran ujian itu dilakukan di Laut Barents Artik, dan berjaya mencapai sasarannya pada jarak kira-kira 1,000 kilometer (621 batu), demikian menurut kenyataan yang dipetik oleh Agensi Anadolu.

Pada awal tahun ini, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, peluru berpandu baharu itu, yang mampu mencapai kelajuan kira-kira Mach 9, telah mengenai sasaran kira-kira 1,000 km jauhnya, akan digunakan dalam jangka masa terdekat ini. — BebasNews

Leave a Reply