PKR - Foto via johorkini.my

SHAH ALAM — Sebanyak 13 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menyokong Mohd.Rafizi Ramli pada pemilihan parti bagi jawatan Timbalan Presiden.

Beliau menewaskan pencabarnya, Saifuddin Nasution Ismail yang hanya menerima sokongan daripada 9 cabang sahaja.

Antara cabang yang menyokong Mohd.Rafizi adalah Shah Alam, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang dan Ampang.

Sementara itu antara cabang yang menyokong Saifuddin adalah Kapar, Klang dan Kota Raja.

Mohd.Rafizi mendapat 25,499 undi dan Saifuddin mendapat 22,101 undi secara keseluruhan daripada 22 cabang.

Undi tersebut membuktikan ahli PKR masih menaruh kepercayaan kepada Mohd.Rafizi untuk bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa depan.

— BebasNews

Leave a Reply