PROGRAM terbaharu online terbitan bebasnews.my – Bicara Sukan yang bermula semalam 30 Mei 2022 menampilkan DATUK WIRA MAZLAN AHMAD, MANTAN KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN) sebagai tetamu sulungnya.

Topiknya berkisar pencapaian 39 pingat emas, 45 pingat perak dan 90 pingat gangsa dan tempat keenam Sukan SEA Vietnam 2022 oleh kontinjen Malaysia di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Apakah penilaian beliau? Gagal, sederhana, biasa atau wajar? Malaysia dengan 584 atlet sedangkan Singapura hanya 476 atlet mampu mengumpul 47 pingat emas, 46 pingat perak dan 73 pingat gangsa malah mengatasi kita di tempat kelima.

Mazlan, bekas Ketua Kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 yang muncul juara keseluruhan buat kali pertama dengan 111 pingat emas, turut menyentuh prospek pingat emas sulung Malaysia dalam Sukan Olimpik akan datang jika dibandingkan dengan Singapura.

Ikuti Bicara Sukan BebasNews
https://youtu.be/OWG7lFmXzfQ

— BebasNews

Leave a Reply