pix - luas.gov.my

SHAH ALAM — Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan bekalan air di Lembah Klang masih mencukupi dan mampu bertahan selama lapan bulan jika kemarau melanda di kawasan tersebut, pada tahun 2025.

Menurut Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari, bekalan akan diperoleh melalui tiga kaedah seperti menerusi empangan, kolam takungan dan air bawah tanah, kesemuanya mampu menampung penggunaan selama dua hingga empat bulan.

“Berdasarkan tiga kaedah itu, sejumlah 5,000 juta liter air mampu disediakan bersamaan dengan jumlah pengeluaran semasa.

“Kita perlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak supaya terus menjaga kualiti air dengan mengelakkan sebarang insiden pencemaran,” katanya pada majlis Hi-Tea bersama pengamal media di I-City semalam.

Jelasnya lagi, pembenihan awan adalah kaedah terakhir yang akan digunakan oleh pihaknya bagi meningkatkan kapasiti air di kawasan takungan.

Katanya lagi, Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya bulan Ogos depan namun ia tertakluk kepada kerajaan negeri.

“Kos atau bayaran bagi ZDP ini masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta kilang manakala bayaran yang dikenakan akan diguna semula bagi tujuan pemuliharaan persekitaran termasuk sungai, parit dan muara,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply