Isham Jalil

SHAH ALAM — Konsep ‘khemah besar’ yang dicadangkan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya sekiranya semua ketua parti dalam gabungan itu mengidam jawatan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, hasrat menyatukan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dalam satu khemah besar tidak akan berjaya memandangkan semua mereka bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Dr.Mahathir, Muhyiddin, Anwar ingin buat khemah Besar. Tetapi tiga-tiga nak jadi PM.

“Satu khemah mana boleh ada tiga PM, dalam khemah asyik berkelahi saja, bagaimana hendak selesaikan masalah rakyat,” katanya di Facebooknya hari ini.

Isham berkata, ketiga-tiga pemimpin itu sebaiknya melupakan hasrat menjadi Perdana Menteri dengan memberi peluang kepada generasi baharu memandangkan ‘zaman’ mereka bertiga sudahpun berlalu.

“Yang sudah jadi PM dua kali itu cukuplah. Yang sudah jadi PM tetapi gagal itu pun cukuplah. Yang cuba ingin jadi PM 30 tahun lepas tetapi gagal itu pun cukuplah.

“Masa telah berlalu. Beri peluang kepada generasi baru untuk memimpin generasi mereka,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Dr.Mahathir menegaskan beliau enggan bekerjasama dengan dan Muhyiddin Yassin mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan ‘khemah besar’ untuk menumbangkan BN.

Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang ‘tidak lurus’ menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar pada hari ini.

Ini kerana katanya, dua pemimpin berkenaan, Anwar dan Muhyiddin mempunyai agenda menjaga kepentingan sendiri tanpa meletakkan rakyat sebagai keutamaan. — BebasNews

Leave a Reply