Sambungan dari SINI…
Jika pengganas komunis menjangka Op Selamat Sawadee penutup tirai Operasi Bersama antara Malaysia dengan Thailand, jangkaan mereka jauh tersasar! Setelah berehat lebih kurang 5 bulan, kedua-dua negara telah melancar Op Thamal pada 15 Disember 1980 dan berakhir pada 31 Januari 1981. Kawasan operasi masih di selatan Thailand. Kali ini di sekitar kawasan Ban Kabu, Sadao, Kok Mayai, Charok Air Jernih dan Hutan Simpan Koh Mai. Bagi melicinkan perlaksanaan, kawasan operasi dipecahkan kepada sektor-sektor kecil seperti Op 792 Alpha, Op 802 Alpha dan Op 803 Alpha.


*****
Kedua-dua negara boleh menarik nafas panjang terhadap pelancaran Operasi Bersama siri Op Daoyai Musnah, Cahaya Bena, Selamat Sawadee dan Op Thamal. Mana tidaknya, operasi-operasi tersebut “ “…telah membuahkan hasil yang positif kepada kedua-dua negara, selain dapat membunuh, menawan dan memaksa PGK menyerah diri. Operasi-operasi tersebut juga berjaya mengucar-kacirkan kumpulan-kumpulan induk PGK yang bertapak di selatan Thailand.”
Apabila mengambil kira operasi-operasi yang dilancar di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu Op Kota di sepanjang sempadan dari Perlis hingga Kelantan serta Operasi Bersama, secara menyeluruh kejayaan pasukan keselamatan sangat membanggakan. Ya, pengkhianat negara telah mengalami:
Ø Terbunuh – 118.
Ø Menyerah diri – 278.
Itu di sempadan. Bagaimana pula keadaan dalam negara pula? Adakah petualang negara boleh menikmati keindahan ciptaan-Nya begitu sahaja?
Bersambung…In syaa Allah.
— BebasNews

Dr Nor Ibrahim ialah bekas juruterbang helikopter Nuri semasa zaman keganasan Parti Komunis Malaya.