fields, clouds, mountains
Photo by 12019 on Pixabay
Oleh DIN JERMAN

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), menerusi laman Facebooknya hari ini memberi amaran jangkaan belaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik), Perak (Perak Tengah dan Hilir Perak) dan Pahang (Temerloh dan Maran) sehingga 1:00 pagi; Selasa, 7 Jun 2022.

Menurut kenyataan MetMalaysia lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Amaran ini telah dikeluarkan pada: 9:00 malam hari ini.

Sumber – FB Malaysian Meteorological

— BebasNews

Leave a Reply