Usahawan berjaya, Rozita Che Wan baru saja melancarkan produk Inai Che Ta.

DALAM kesibukannya meneruskan rutin kerja seni, Rozita Che Wan sempat meneruskan fokusnya dalam dunia perniagaan.

Selepas muncul dengan bisnes tudung, wangian, pencuci wanita dan macam-macam lagi, wanita yang mesra dengan panggilan Che Ta itu hadir pula dengan produk inai ‘instant’ dipanggil Mazaville (Instagram: @mazaville) berkolaborasi dengan temannya, Anas Zahrin.

Dulu kalau nak pakai inai atau henna di tangan atau rambut kena giling atau kisar dulu daun inai. Sekarang ini tak perlu buat itu semua kerana sudah ada inai segera, hanya calit saja pada kuku seperti pewarna kuku yang dijual di pasaran tapi pewarna kuku inai ini boleh dibawa solat.

Tiap kali raya atau ada majlis kenduri, pemakaian inai adalah di antara perhiasan yang perlu ada untuk memeriahkan majlis. Maka bermacam-macamlah corak yang ditonjolkan.

Sebagai peminat inai, Che Ta mahu berkongsi minatnya itu dengan orang lain dan sebab itu juga dia menjual produk inai pula.

Harga yang ditawarkan untuk permulaan hanya RM15 saja.

“Dulu kalau tak kahwin lagi pun, inai memang saya gemar pakai sebagai penambah ‘aksesori’. Selalunya, inai ini sinonim bila nak kahwin.

“Tapi, sebenarnya tidaklah hanya terbatas masa nak kahwin. Dulu pun, kalau ada majlis kahwin, yang bujang ‘trang tang-tang’ menyelit sekali pakai inai,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Kata kakak kepada Ayu Raudhah ini lagi, dia sepatutnya melancarkan inai itu sebelum bulan puasa lalu lagi.

“Kami sepatutnya launch produk inai ini sebelum bulan puasa lagi tapi disebabkan jadual penggambaran kami yang sangat padat makanya lepas raya kami launch.

“Memang semua photoshoot produk dah selesai. Tapi nak buat macam mana, kekangan masa kami. Terpaksa tunda. Konsep photoshoot kami untuk #InaiCheTa pulak berkonsepkan Traditional Melayu.

Pengeluaran produk Inai Che Ta memudahkan mereka yang suka memakai inai sebagai salah satu hiasan diri.

“Memang takkan sama dengan yang lain naaaa. kami rasa inai sangatlah dekat di hati orang Melayu kita dan selalunya orang kita akan melaram tak kira masa.

“Kalau dulu sinonim pakai inai bila malam berinai atau nak kawin tapi la ni setiap masa nak nampak ‘letups’ dan kami jugak memang peminat inai.

“Sebab tu la masa shoot untuk tema fotografi produk ini pun kami tetapkan tradisional Melayu. Feeling pakai songket merah gelap lagi ala pengantin,” katanya.

Mengakui biarpun ramai mengusahakan perniagaan sama, isteri kepada Zain Saidin ini percaya rezeki itu luas.

Che Ta bijak membahagi masa antara kerjaya dan bisnes.

“Kat Malaysia ni dah ramai tauke-tauke inai yang lebih dulu jual inai daripada kami. Kami ni ikan bilis jaaaaa. Jadi jangan la hangpa nak comparekan kami dengan yang lain ya, Che Ta punyai inai memang nampak letups tapi harga kita-kita.

“Rezeki pun luas hangpa, kami percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau hangpa nak support inai kami pun kami dah bersyukur sangat- sangat.

“Terima kasih naaaaa, dah jangan compare-compare lagi. Kita berniaga secara sihat naaaaaa. Janji letupssssss. Harga untuk inai kami secara rasminya kami kekalkan RM15 sahaja sebab ramai orang kita suka pakai.

“Kami tak naklah inai Che Ta ni depa beli sekali jaaaa. Tak naklah membebankan depa yang suka melaram, lagi satu cantik pun cantik kaler (warna) dia, mudah nak pakai punya. Letups pun letupsssssss jadi tiada alasan lagi untuk tak nak grab satu,” tulis Che Ta sewaktu mempromosi produk inainya di laman Instagram.

Dalam perkembangan seni, Che Ta baru selesai penggambaran sitkom 18 episod berjudul Lot 69.

“Sekarang ini, saya sedang melunaskan penggambaran 13 episod sebuah bual bicara di Go Shop.

“Saya juga kini diamanahkan menjadi juri tetap untuk dua buah program di TV. Tapi belum boleh dimaklumkan lanjut lagi program apa,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply