Foto blogspot.com
Oleh DIN JERMAN

KUALA LUMPUR — Harga sekeping roti canai di rangkaian gabungan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), dijangka naik berperingkat bermula 10 sen hingga 20 sen  disebabkan kesan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung, minyak masak dan marjerin, kata Presiden persatuan itu, Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Jawahar memberitahu bahawa harga tepung gandum 20 kilogram pada 2020 berharga RM46, tetapi kini mencecah antara RM67 hingga RM68, lapor Berita Harian.

Beliau menjelaskan purata harga semasa roti canai di premis makanan milik ahli PRESMA adalah antara RM1.20 hingga RM 1.70 mengikut lokasi dan kedudukan restoran.

Jawahar juga menasihatkan para pelanggan menggunakan hak mereka dengan mengelak premis makanan yang menjual pada harga tidak munasabah serta membuat aduan kepada KPDNHEP.

— BebasNews

Leave a Reply