SERAMAI 25 cedera di Mexico apabila sebuah jambatan gantung di El Paseo Ribereno, sebuah tempat tarikan pelancong di Cuernavaca, Morelos runtuh ketika majlis pembukaan semula.

Datuk bandar Cuernavaca Jose Luis Uriostegui Salgado dan isterinya merupakan antara mereka yang cedera, lapor Agensi Anadolu.

Menurut pihak berkuasa, penyiasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian sama ada terdapat masalah pada struktur jambatan atau kerja-kerja pemulihan tidak dilakukan sewajarnya.

Jambatan berkenaan berdepan dengan masalah struktur selepas berlaku gempa bumi pada tahun 2017 sebelum dilakukan pembaikan dan dirasmikan semula pembukaannya kepada orang ramai. — BebasNews

Leave a Reply