hanging rope, rope, hangman
Photo by OpenClipart-Vectors on Pixabay
Oleh DIN JERMAN

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara Mahkamah, menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh menteri di jabatan Perdana Menteri, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Keputusan ini telah dicapai dalam satu pembentangannya  di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun yang lalu.

Kerajaan secara prinsipnya menerima syor-syor  yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Khas Gantian Terhadap Hukuman Mati  Mandatori yang dijelaskan dalam satu laporan kajian mengenainya.

Jawatankuasa itu telah diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara Tun  Richard Malanjum.

Kenyataan media —

— BebasNews

Leave a Reply