Datuk A Kadir Jasin - Foto Facebook
Oleh DIN JERMAN

MENYINGKAP 53 tahun lalu, pada 16 Jun 1969, Datuk A Kadir Jasin telah menaiki kereta api kelas tiga semalaman dari Butterworth ke Kuala Lumpur untuk melapor diri sebagai Pemberita Kadet Bernama, memetik tulisan beliau di laman Facebook.

Kadir Jasin mengenang kembali detik 53 tahun lalu,  Pertumbuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai titik tolak kerjaya beliau sebagai pemberita.

“Latihan sambil bekerja yang ditawarkan oleh Bernama tidak ada tolok bandingnya, terutama sekali bagi wartawan muda yang menulis dalam dua bahasa – Melayu dan Inggeris.

“Dua lagi peluang besar yang Bernama berikan kepada saya adalah Biasiswa Rancangan Colombo kerajaan New Zealand untuk belajar kewartawanan di Wellington Polytechnic (kini Massey University) pada 1971 dan memindahkan saya ke Perkhidmatan Berita Ekonomi sebaik saja pulang dari New Zealand.” kata Kadir lagi dalam tulisan di laman Facebooknya.

Menjadi wartawan ekonomi merupakan “breakthrough” dalam kerjaya dan kehidupan Kadir.

Seterusnya pada penghujung tahun 1976 beliau telah bersama Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) bagi menerokai pelancaran harian ekonomi “Business Times”, dunia persuratkhabaran yang jauh lebih kompleks dan mencabar daripada agensi berita.

Rakan sebenar seorang wartawan dan penulis adalah orang yang membaca tulisannya, sama ada mereka bersetuju atau tidak bersetuju dengannya, menurutnya lagi.

— BebasNews

Leave a Reply