Sara Duterte mengangkat sumpah sambil diperhatikan oleh keluarganya. Foto ihsan BenarNews.

ANAK perempuan sulung Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengangkat sumpah sebagai NaibPpresiden untuk tempoh enam tahun.

Sara Duterte, 44, berikrar untuk menyatukan Filipina pada satu majlis di Davao, lapor BBC.

Dia mengangkat sumpah disamping Ferdinand Marcos Junior, anak bekas diktator negara itu yang bakal menggantikan Duterte sebagai Presiden Filipina secara rasmi pada 30 Jun ini.

Sara berkata, “Hari-hari mendatang mungkin penuh dengan cabaran yang menyeru kita untuk lebih bersatu sebagai sebuah negara.”

Di Filipina, Presiden dan Naib Presiden dipilih secara berasingan. — BebasNews

Leave a Reply