Jama Masjid di Old Delhi, India. - Foto via islamicity.org
Oleh Ismail Hashim Yahaya*

SUNGGUHPUN isu penghinaan dibuat oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW agak mereda namun kerajaan India harus memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Apakah yang akan terjadi jia pemimpin sesebuah negara Islam membuat kenyataan menghina tuhan agama Hindu pula?

Sejak serangan dua jet ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC), di New York pada 11 September 2001, fenomena fobia Islam telah menular menjadi bahan kebencian dunia bukan Islam terhadap Islam dan umatnya secara semborono. Ia telah dijadikan bahan kempen serta modal politik untuk meraih sokongan pengundi di negara Barat bagi parti-parti ultra nasionalis atau konversatif untuk memenangi pilihan raya.

Kegiatan-kegiataan seperti ucapan ‘hate speech, membakar Al Quran di khalayak umum dan karikatur menghina Islam dan kenyataan-kenyataan yang menghina Nabi Muhamad SAW telah menjadi sebahagian kempen penularan kebencian terhadap Islam di dunia Barat khususnya.

Begitu dengan BJP, isu fobia Islam dijadikan modal politik untuk mereka kekal berkuasa. Kebencian terhadap Islam ini telah berada dalam ideologi faksi nasionalis melampau India sejak diwujudkan organisasi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) pada penghujung abad ke 20 lagi.

Ia menjadi agenda politik sayap kanan RSS , Bharatiya Jana Sangh (1951-1977) and the Janata Party (1977-1980) – parti-parti awal sebelum tertubuh BJP sekarang. Kempen penghinaan Islam secara stereotaip ini seperti mengutuk, menghina dan mengecam Islam dan umatnya dengan objektif membina sebuah negara Hindu totok.

Bahkan RSS and Jana Sangh mencadangkan dasar Indianisasi penduduk dengan memaksa penduduk Islam di India menerima budaya agama Hindu.

Kebencian terhadap Islam merupakan modal politik BJP untuk terus berkuasa di India apabila kemunculan Narendra Modi dengan latar belakang nasionalis Hindunya. Sebelum memenangi pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri, Modi menjadi Ketua Menteri
Gujarat pada tahun 2001.

Popularitinya menggunakan kebencian sebagai modal politik dapat dilihat pada tahun 2002 semasa pembersihan etnik ke atas umat Islam berlaku di Gujarat. Ia terjadi setelah sebuah koc keretapi yang memuatkan penganut Hindu terbakar selepas melakukan upacara keagamaan.

Modi dengan cepat mempertanggungjawabkan Agensi Perisikan Pakistan dan menunjukkan mayat mereka yang mati di Ahmedabad. Ini mengakibatkan umat Islam menjadi sasaran pembunuhan dan perkosaan. Adalah dianggarkan sejumlah 2,000 umat Islam dibunuh dan 2,000 rumah umat Islam dimusnahkan dan 150,00 orang kehilangan tempat tinggal.

Setelah Modi menjadi Perdana Menteri pada 2014, Islamofobia telah sebahagian daripada dasar politik BJP bagi terus berkuasa, mengenepikan Kongres-I dan parti-parti lain. Beliau menjalankan dasar-dasar seperti merealitikan impian orang Hindu dalam buangan kembali ke Khasmir dengan membatalkan Artikel 370 dan 35A perlembagaan India yang sebelum ini memberikan Khasmir status istimewa.

Mereka ingin menukarkan Khasmir menjadi negeri dengan budaya Hindu. Pada tahun 2019, kerajaan Modi menggubal Akta Pindaan Kewarnegaraan (CAA) di mana kerakyatan segera akan diberikan kepada penduduk bukan Islam iaitu pendatang dari Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan.

Dasar menjadikan kebencian kepada Islam dan umat Islamnya telah merebak ke negeri-negeri lain di India. Contohnya di negeri Uttar Predesh, yang dipimpin oleh seorang sami Hindu aliran keras bernama Yogi Adityanath yang menjadi ahli politik BJP, seorang penduduk Islam dibunuh pada Mach 2019 semasa cuba menyelamatkan masjid daripada dimusnahkan oleh penganut Hindu yang fanatik. Banyak lagi kejadian seumpamanya yang berlaku di negeri tersebut seperti memukul penduduk Islam yang menyimpan dan memakan daging lembu.

Penggunaan agama sebagai modal politik telah berjaya menghasut penduduk Hindu di India untuk terus menyokong BJP. Bukan itu sahaja sebahagian besar filem-filem Hindi dan Tamil dari India yang memburukkan imej Islam dan umatnya dengan watak- watak jahat, sebagai pembunuh kejam yang tidak berperi kemanusiaan, masih berkisar di sekitar tema pengganas dan mengebom mereka yang tidak berdosa yang dipaparkan dalam filem.

Watak orang Islam sebagai pemabuk dan penzina dibesar-besarkan di dalam filem. Seolah-olah ia modal untuk filem sedemian mengaut keuntungan di pasaran dan menjadi kebencian penganut Hindu kepada masyarakat Islam. Sedikit sekali dapat diitonton filem Tamil dan Hindi di Netflix atau Amazon Videos yang memaparkan watak orang Islam yang baik dan penyayang dan seolah- olah apa yang dilakukan oleh penganut Hindu di India itu suci dan bersih di dalam filem.

Apabila kuasa dibungkus dengan nafsu dalam agama dan demi kelangsungan politik, lama kelamaan ia akan menjadi sesuatu wajip dilakukan dengan mengenepikan adab, moral dan kefahaman antara agama dan tamadun. Penghinaan terhadap Nabi Muhamad saw menunjukkan betapa biadap, ketidakperimanusiaan dan jijik penganut agama Hindu pengaruh BJP di India dan menyamai sami Buddha yang menbunuh penduduk Rohingya di Myanmar.

Tidak dinafikan terdapat juga kumpulan-kumpulan umat Islam yang melakukan sedemikian seperti Al qaeda dan Islamic State (IS), Jemaah Islamiah (JI) dan kita menolak mereka ini.
Kita menolak apa yang dilakukan Barat dan regim haram Israel ke atas umat Islam dan mereka punyai tradisi kebencian terhadap Islam, bagaimana dengan Indi, sebuah yang pernah diperintah oleh Empayat Moghul, tentunya masyarakatnya mempunyai
kefahaman dan toleransi agama yang tinggi tetapi sekarang semuanya boleh sahaja dihumban ke dalam tong sampah.

Demi kuasa dan kelangsungan memerintah India, BJP menjadikan kebencian terhadap Islam sebagai modal poliitk untuk berkuasa dengan, tidak mepedulikan dengan nilai kemanusiaan dalam keagamaan dan menghormati agama lain yang ada dalam semua agama termasuk Hindu juga.

Adakah wajar menggunakan nilai agama Hindu untuk membenci agama lain di India merupakan sesuatu yang betul?. Tanya diri sendiri wahai Modi?

*Penulis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor
(Unisel)

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

— BebasNews

Leave a Reply