coronavirus, young, man
Photo by Tumisu on Pixabay

KUALA LUMPUR — Semalam Malaysia mencatatkan sejarah apabila tiada kes kematian akibat Covid-19 selepas situasi sama dilaporkan pada 18 Disember 2020.

Setakat ini jumlah kes kematian terkini akibat Covid-19 kekal sebanyak 35,732 kes.

Sementara itu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) pula juga tiada kes dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,579 kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di dalam Twitternya buat pertama kali sejak 18 Disember 2020, negara ini melaporkan tiada kematian melibatkan Covid-19.

“Usaha peralihan kerajaan kepada fasa endemik dipacu dengan data yang direkodkan. Semoga usaha berterusan kita semua membuahkan hasil,” katanya.

Menerusi laman sesawang, https://covidnow.moh.gov.my, pukul 6.30 pagi hari ini, Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,680 kes berbanding kelmarin, 2,127 kes sekali gus mengatasi 2,108 kes sembuh.

Negeri Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 748 kes diikuti Kuala Lumpur (287), Perak (95), Sabah (93), Pulau Pinang (92), Negeri Sembilan (84), Johor (56), Melaka (53) dan Putrajaya (51).

Ini diikuti Sarawak (48), Kedah (36), Pahang (19), Kelantan (16), Terengganu (7), Perlis (3) dan Labuan, dua kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 414 orang berbanding kelmarin, 458 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam kekal merekodkan 23 kes, bersamaan jumlah semalam. — BebasNews

Leave a Reply