KUALA LUMPUR — Untuk mengekal dan meningkatkan momentum permintaan dan jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat pandemik Covid-19, Kerajaan Pusat telah memperkenalkan pengecualian sepenuhnya cukai jualan ke atas kenderaan penumpang (termasuk Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)) pemasangan tempatan dan 50 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang import (CBU).

Pengecualian cukai jualan tersebut berkuasa 15 Jun 2020 dan akan berakhir pada 30 Jun ini.

Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz setakat ini, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

“Dengan pembukaan sektor ekonomi, sektor automotif telah kembali beroperasi seperti
sedia kala. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah permintaan yang masih belum
dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global.

“Pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zafrul berkata,berikutan permasalahan tersebut sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah di dalam tempoh pengecualian terbabit masih belum siap pemasangan dan
tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.

Sehubungan itu jelasnya lagi, bagi membolehkan pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun ini terus menikmati insentif pengecualian cukai
jualan ini, pihaknya memaklumkan tempoh pendaftaran kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.

“Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah (midpoint solution) bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara
yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat
dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara,” katanya.

Kenyataan media —

”[FINAL
2022-06-20 YBMK_Lanjutan Tempoh Pendaftaran Kenderaan”]

— BebasNews

Leave a Reply