Wednesday, July 6, 2022
Home Berita/News Percubaan keluarkan mana-mana negeri dari Malaysia, satu jenayah – Tun Mahathir

Percubaan keluarkan mana-mana negeri dari Malaysia, satu jenayah – Tun Mahathir

Oleh DIN JERMAN

KUALA LUMPUR — Tun Mahathir menyatakan, sesiapa yang cuba untuk withdraw (keluarkan negeri) dari Malaysia adalah satu jenayah, ketika sidang media program Aku Melayu di Kuala Lumpur semalam, memetik laporan Astro Awani.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai undang-undang, sekiranya wujud usaha untuk mengeluarkan mana-mana negeri dari negara ini.

“Tetapi kita ada orang yang duduk lebih tinggi daripada undang-undang.

“Malaysia mempunyai undang-undang namun mungkin tidak terpakai terhadap pihak dengan ‘kedudukan yang lebih tinggi’,” katanya lagi.

“Apabila orang seperti ini berkata demikian, dia amat serius tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana dia tidak tertakluk kepada kepada undang-undang negara kita dan inilah masalah yang kita hadapi sebenarnya.

“Kalau saya sebut tentang nak keluarkan Kedah dari Malaysia saya akan kena tangkap tetapi orang itu bebas dari undang-undang… jenayah tetap jenayah,” katanya.

— BebasNews

Leave a Reply