TANGKAP layar imej Supermoon dirakamkan di Observatori Negara Langkawi, Kedah pada 14 Jun lalu. - Foto ihsan Mysa
Oleh A. AMRI

PUTRAJAYA — Peminat astronomi tempatan yang terlepas panorama bulan berada hampir dengan bumi pada 14 Jun lalu, jangan bimbang kerana fenomena itu ada lagi bulan depan.

Menurut hantaran Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) dalam laman sosial rasminya, kejadian alamiah tersebut akan dapat disaksikan sekali lagi pada 13 Julai depan di seluruh dunia.

Uniknya, peristiwa berkenaan yang lazim dirujuk sebagai Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon pada tarikh tersebut menyaksikan jarak bulan paling hampir dengan bumi.

Objek terapung yang dianggap sebagai satelit semula jadi bumi tersebut dijangka berada pada kedudukan 357,418 kilometer (km).

— BebasNews

 

Leave a Reply