KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani pemeriksaan dan pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, bagaimanapun kesihatan Seri Paduka secara amnya berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Semua program Seri Paduka yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan terdekat ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama-sama mendoakan semoga Seri Paduka dikurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

— BebasNews

Leave a Reply