MAHKAMAH Tinggi Shah Alam telah membebaskan Samirah Muzaffar dan dua orang remaja daripada tuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, iaitu suami Samirah, empat tahun lepas.

Hakim Ab Karim Ab Rahman memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka, lapor FMT.

Samirah, 47, dua remaja itu yang kini berusia 16 dan 19 tahun, serta pembantu rumah warga Indonesia Eka Wahyu Lestari yang masih bebas didakwa membunuh Nazrin di rumah mereka di Mutiara Damansara pada 14 Jun 2018. – BebasNews

Leave a Reply