Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) bersama Dr Ahmad Ibrahim (kiri) dan Datuk Zulkiflie M Osman. Foto - FDAM
Oleh DIN JERMAN

SHAH ALAM — Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri atas keprihatinan dan sokongan beliau terhadap perjuangan persatuan industri kreatif tempatan, serta turut memberikan kata-kata semangat kepada FDAM untuk terus memajukan industri perfileman dan kreatif negara, ketika berkunjung ke reruai FDAM di program Minggu TVET Negara 2022 yang berlangsung di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor semalam.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata, Perdana Menteri berkesempatan beramah mesra dengan Ahli Majlis Kerja (AMK) dan ahli FDAM yang hadir di reruai FDAM yang merupakan satu-satunya persatuan industri kreatif yang mengambil bahagian dalam aktiviti dan reruai program berkenaan.

FDAM turut mengadakan sesi Sembang Santai bersama tiga presiden persatuan industri kreatif iaitu Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khalil Salleh bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dan juga Dr Ahmad sendiri di atas pentas, pagi semalam.

Pembabitan FDAM dalam program Minggu TVET Negara 2022 kali ini juga diteruskan
dengan program Sembang Santai, FDAM Memacu Kreativiti Tanpa Sempadan bersama tiga
ahli panel FDAM iaitu Mohamad Zaini Hassan berbicara mengenai agenda program Amatur
FDAM, Letfee Ahmad (Penjenamaan Diri) dan Elrafaei Sapi (Transformasi FDAM Mesra
Media) yang akan diadakan pada 21 Jun 2022 jam 9 pagi ini.

— BebasNews

Leave a Reply