PERSATUAN Pelajar Malaysia Makkah (PPM) hari ini menggesa pihak-pihak yang ingin melaksanakan upah badal (wakil) haji pada 2022 atau 1443 Hijrah agar sentiasa berhati-hati daripada tertipu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Yang Dipertua PPM, Afiq Hadi Mohd. Fauzi berkata, pihaknya turut menafikan dakwaan sebahagian pihak atau syarikat atau individu bahawa badal haji yang dijalankan para pelajar di bawah persatuan ini dengan kos yang terlalu rendah.
“Tular dalam media sosial sebahagian pihak atau syarikat yang mengambil upah badal haji 2022 dengan kos yang terlalu rendah dan mendakwanya dilakukan oleh para pelajar Malaysia di Makkah.
“Untuk makluman semua, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan harga pakej dan permit haji bagi 2022 dengan harga paling murah ialah sekitar RM12,000.
“(Kerajaan itu turut mengenakan) kawalan yang ketat untuk melaksanakan haji dan denda terhadap sesiapa yang melaksanakan haji tanpa permit.
“(Termasuk) tidak membenarkan mereka yang terbabit, masuk ke Arab Saudi untuk tempoh 10 tahun jika ditangkap,” lapor kenyataan rasmi persatuan berkenaan dalam laman Facebook rasmi Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini.


[email protected]
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, stringer Buletin Utama dan penyunting Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena, Formasi (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Juga Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017, Pemenang Pertandingan Penulis Sukan Piala Asia 2007 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Pegawai Teknikal Antarabangsa (ITO) Sepak Takraw Sukan Pantai Asia Muscat, Oman 2010 serta Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2022.