TAMAN ABADI ALAM SYURGAWI
[Tun Arshad Ayub dalam kenangan]
Kau kembali selama-selamanya
ke taman abadi alam syurgawi
tinggalkan kami dan ibu pertiwi
dengan budi mu segunung emas
bakti murni mu melangit tingginya
Bumi Muar tumpah darah mu
di gelanggang ITM kau tabur jasa
kami warisi semangat juang mu
demi maruah nusa dan bangsa
Kuala Sedili airnya biru
Tanjung Puteri di hujung benua
kami iringi pemergian mu
dengan doa pada Yang Esa
Semadilah dikau wira bangsa ku
di hamparan suci jasa bakti mu
di samping Ilahi yang Maha Berkuasa
sampai seruNya kita berjumpa …
DATUK DR RUHANIE AHMAD
Alumni DPA ITM 1969-1972
Bandar Baru Bangi
14 Jun 2022

Datuk Dr Ruhanie Ahmad, a former Member of Parliament for Parit Sulong Johore (1990-2004), holds a PhD in strategic and security studies. He was a journalist with the New Straits Time Press (1973-1982) before serving Tun Musa Hitam as his Political Secretary at the Ministry of Home Affairs (1982-1987). He has wide exposures in local, regional and Commonwealth politics. Currently, he focuses on political and identity security in Malaysia and their implications on the country’s state-making and nation-building processes.