Keadaan di sebuah hospital kawasan Paktika, Afghanistan. - Foto via washingtonpost.com

SHAH ALAM — Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Gempa bumi.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, tabung tersebut diwujudkan dengan kerjasama Kedutaan Afghanistan di Kuala Lumpur.

“Bencana pada 22 Jun lalu meragut lebih 1,000 nyawa serta mengakibatkan ribuan lagi cedera memerlukan bantuan sesegera mungkin.

“Mapim menjemput Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kemanusiaan di Malaysia untuk bersama dalam usaha bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan dalam masa terdekat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rancangan misi kemanusiaan untuk bergerak ke lokasi gempa akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Jelasnya lagi, Mapim sedia bersama mana-mana NGO di peringkat nasional dan antarabangsa untuk berkordinasi menyampai kan bantuan kecemasan ke Afghanistan dengan kadar segera.

“Fokus utama sekarang ini adalah tempat tinggal, makanan, air bersih serta rawatan perubatan,” katanya. — BebasNews

Leave a Reply