Foto Agensi Anadolu

ISLAMABAD – Bilangan angka korban gempa bumi di Afghanistan yang berlaku pada Selasa lalu telah meningkat kepada 1,150 orang, kata seorang jurucakap Kerajaan Afghanistan.

Sekurang-kurangnya 1,600 orang cedera apabila gempa berukuran 6.1 skala Ricter menggegarkan kawasan sebelah timur negara itu, kata pegawai kanan Kerajaan Taliban Abdul Wahid Rayan, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, sejumlah 1,800 rumah runtuh dan anggota penyelamat masih lagi berusaha untuk mengeluarkan mereka yang cedera dan terbunuh daripada runtuhan itu.

Pakistan, Qatar dan Iran telah menghantar bantuan kemanusiaan mereka ke Afghanistan.

“Rumah kami telah runtuh, kami terpaksa tinggal di tempat yang terbuka,” kata Jamatullah, penduduk di Paktika, antara kawasan yang teruk dilanda gempa.

Menurut jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran: “Kami memerlukan makanan dan tempat perlindungan.”

Kerajaan sementara Taliban mengumumkan bantuan lebih AS$11 juta mangsa terlibat tetapi negara itu, bagaimanapun turut berdepan dengan masalah kewangan selepas jatuhnya Kerajaan Kabul yang disokong oleh Amerika Syarikat. — BebasNews

Leave a Reply