SAYA mohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku sejak semalam tentang FGV. Izinkan saya untuk memberi penjelasan.

Ada juga yang salah faham mengatakan ini adalah merupakan kenaikan elaun Pengerusi FELDA. Ini juga berlaku kerana kurang pengamatan sesetengah daripada kita.

FGV adalah sebuah syarikat Senaraian Awam (public listed company) yang mana FELDA adalah pemegang saham terbesar. Keuntungan FGV akan memberi faedah kepada FELDA dan peneroka.

Untuk menjadi syarikat yang cemerlang, FGV perlu kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang juga cemerlang. Dalam konteks ini tanda aras FGV juga perlu selaras dengan industry benchmarking.

Untuk tahun kewangan 2021, FGV telah mendapat keuntungan luar biasa yang melebihi RM1 billion (RM1.175 billion selepas cukai).

Sebenarnya FGV sudah lama tidak mengubah elaun pengarah (sejak penyenaraian FGV 10 tahun yang lalu). Di masa yang sama kita mahu FGV melaksanakan a good corporate governance sebagaimana syarikat-syarikat Senaraian Awam yang lain.

Peningkatan fi pengarah telah dibuat di dalam AGM semalam dengan peningkatan sebanyak 21%. Ini melibatkan kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi dan RM2,509 sebulan kepada setiap ALP.

Sebenarnya kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi adalah hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi. Dahulunya pengerusi sudah mendapat elaun kenderaan sebanyak RM15k. Elaun ini telah ditukar menjadi fi kepada Pengerusi.
Dengan ini fi Pengerusi FGV telah meningkat sebanyak RM15k x 12 = RM180,000 setahun.

Dengan erti kata yang lain, tidak ada kenaikan sebenarnya dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi FGV.

Saya kenal Datuk Dzulkifli, Pengerusi FGV sekarang. Dialah individu penting yang membela kebajikan peneroka semasa FGV hendak disenaraikan dahulu.

Kesannya beliau dihantar ke Rome sebagai atase pertanian di bawah MOA (Kementerian Pertanian dan Asas Tani).

Elaun Pengerusi FGV sebanyak RM40,000 sebulan pun adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dgn Pengerusi-pengerusi Syarikat Senaraian Awam yang lain terutamanya syarikat yng bermodal pasaran besar (market capitalisation).

FELDA perlu memastikan agar FGV terus cemerlang untuk memberi menfaat yang terbaik kepada peneroka.

Di masa yang sama FGV juga perlu dilayan sebagai Syarikat Senaraian Awam yang sebenar.

Insha Allah, saya cuba yang terbaik dengan penuh tanggungjawab dan Amanah (with capital A), untuk memastikan FELDA dan Peneroka menjadi lebih cemerlang.

Kejayaan di dalam keberkatan.

Terima kasih.
Saya menuntut kefahaman dari saudara/i sekalian.

Tan Sri Idris Jusoh
Pengerusi FELDA

Leave a Reply