Vaccine bottles in close up photography
Photo by Maksim Goncharenok on Pexels

SINGAPURA, 24 Jun –– Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 6,606 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari semalam yang melibatkan 5,954 jangkitan tempatan dan 652 ‬‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,390,558 sejak pandemik mula melanda.

Dalam tempoh yang sama, tiga lagi individu meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian 1,408 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 6,071 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ini terdiri daripada 5,457 kes tempatan dan 614 kes import manakala 535 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 497 adalah jangkitan tempatan, manakala 38 adalah kes import.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.38, naik sedikit berbanding 1.3 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Setakat ini 341 pesakit masih dirawat di hospital, naik sedikit berbanding 322 semalam di mana 28 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan lapan dipantau
rapi di ICU. Seramai 3,299 pesakit dibenarkan keluar hospital.
Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Sebanyak 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 78 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Sementara itu di BANGKOK, sebanyak 18 lagi kematian direkodkan semalam dengan jumlah kes harian pula sebanyak 2,299 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 30,543 orang meninggal dunia dan 4,507,228 kes dilaporkan.

Daripada jumlah kes baharu itu, lima kes dalam kalangan banduan dan lima lagi ketibaan dari luar negara.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 3,955 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada jumlah 6,254 kes.

Berbanding hari sebelumnya, sebanyak 19 kematian dilaporkan dan 2,387 kes harian direkodkan.

Setakat Rabu, sejumlah 21,650 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,412 di hospital, 1,091 di kemudahan hospital dan 9,976 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes baharu di hospital, sebanyak, 602 dalam keadaan kritikal dan 280 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga sebanyak 1,783 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,455,035 orang pulih. — BebasNews

Leave a Reply