DENGAN Bangladesh yang di ranking ke-146 dunia pun sampai dibelasah 6-0 dalam perlawanan persahabatan di Dhaka, kelmarin sedangkan Malaysia di ranking ke-85?

Macam mana kalau jumpa Thailand apatah lagi Australia yang sudah berpengalaman Piala Dunia Wanita, berapa kali pula gawang Harimauwati Malaya akan bocor?

Skuad bola sepak wanita negara dikhuatiri akan terus dirundung malang sebegini apabila melayani Kejohanan Wanita AFF 2022 di Binan City, Filipina pada 4 hingga 12 Julai ini.

Kepada “Kad Merah!…Bicara Sukan” program bual bicara bebasnews.my, Normala Rashid meluahkan pandangan dan teguran atas keprihatinannya sekian lama terhadap bola sepak wanita Malaysia.

 

Beliaulah bekas pemain kebangsaan dalam era 70-an dan 80-an yang pernah menganggotai skuad pemenang tempat ketiga Kejohanan Wanita Asia di Bangkok pada 1983 sambil mengumpul empat gol – satu pencapaian yang kini masih sukar ditandingi.

Perlukah juga khidmat pemain naturalisasi diselitkan supaya Harimauwati Malaya mampu kembali berdiri sama tinggi, duduk sama rendah sekurang-kurangnya di pentas Asia Tenggara terlebih dulu?

Jawapannya dalam Episod 3 berjudul, “Sanggupkah Harimauwati Malaya Jadi Budak Belasahan?” dengan mantan Ahli Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini sebagai tetamunya! Pautannya, https://www.youtube.com/watch?v=sin4rQxGqYo

SKUAD wanita Malaysia diketuai Steffi Sarge Kaur Sidhu (belakang, kanan). – Foto FAM
PEMAIN-PEMAIN Bangladesh (jersi hijau) meraikan kejayaan sambil skuad wanita negara terkesima dibolosi enam gol tanpa balas. – Foto FAM
NORMALA Rashid (berdiri, kanan) juga penjaring utama skuad wanita Malaysia dalam era 80-an. – Foto NR

Leave a Reply